Gajah dan manusia Gajah

Haiwan pekerja

Seekor gajah pengangkut.

Gajah telah dijadikan haiwan pekerja paling tidak semenjak zaman Peradaban Lembah Indus[142] dan masih digunakan hingga zaman moden. Pada tahun 2000, terdapat 13,000–16,500 gajah pekerja di Asia. Gajah-gajah tersebut biasanya ditangkap di alam bebas ketika berumur 10–20 tahun, yang dapat dilatih dengan cepat dan mudah, serta mampu bekerja untuk waktu yang lebih lama.[143] Ia biasanya ditangkap secara tradisional dengan menggunakan perangkap dan laso, tetapi semenjak tahun 1950 ubat penenang telah digunakan.[144] Gajah Asia lebih umum dijadikan haiwan pekerja, tetapi di Afrika praktik tersebut juga dilakukan. Penjinakan gajah Afrika di Congo Belgium dimulakan atas dekri Leopold II dari Belgium pada abad ke-19, dan masih berterusan hingga kini di Pusat Domestikasi Gajah Api.[145]

Pelancong menaiki gajah di Jaipur.

Gajah Asia melakukan tugas seperti mengangkut beban ke kawasan terpencil, memindahkan kayu ke dalam lori, menumpangkan pelancong di taman negara, menarik gerabak, dan mengambil bahagian dalam upacara keagamaan.[143] Di Thailand utara, gajah digunakan untuk menelan biji kopi agar dapat menghasilkan kopi Gading Hitam.[146] Gajah lebih dihargai daripada mesin kerana dapat bekerja di perairan yang lebih dalam, memerlukan kos perawatan yang kurang, hanya memerlukan tumbuhan dan air, dan dapat dilatih untuk menghafaz beberapa tugas. Gajah dapat dilatih untuk menanggapi lebih daripada 30 perintah.[143] Namun, gajah yang sedang mengalami musth berbahaya dan dirantai hingga musth selesai.[147] Di India, banyak gajah yang mengalami penyeksaan. Oleh itu, gajah dilindungi oleh Undang-Undang Pencegahan Kekejaman terhadap Binatang 1960.[148]

Peperangan

Rencana utama: Gajah perang
Lukisan Pertempuran Zama oleh Henri-Paul Motte, 1890.

Dalam sejarah, gajah digunakan sebagai alat perang. Gajah dilengkapi dengan baju baja untuk melindunginya, dan di hujung gadingnya dipasang besi atau kuningan tajam bila gading tersebut cukup besar. Gajah perang dilatih untuk mengangkat askar musuh dan menghumbankannya ke arah orang yang mengendalikan gajah tersebut atau meletakkannya di tanah dan kemudian menusuknya.[149]

Salah satu sumber pertama yang menyebut penggunaan gajah dalam perang adalah epos Mahabharata (ditulis pada abad ke-4 SM, tetapi diduga menghuraikan peristiwa antara abad ke-11 hingga abad ke-8 SM). Namun, Pandawa dan Kurawa lebih banyak menggunakan kereta kuda. Sementara itu, pada zaman Kerajaan Magadha (yang dimulakan pada abad ke-6 SM), secara budaya gajah mula menjadi lebih penting daripada kuda, dan kemudian kerajaan-kerajaan di India banyak menggunakan gajah; 3,000 gajah digunakan oleh bala tentera Nanda pada abad ke-5 dan abad ke-4 SM, sementara 9,000 ekor gajah digunakan oleh tentera Maurya antara abad ke-4 hingga abad ke-2 SM. Arthashastra (ditulis sekitar tahun 300 SM) menyarankan kepada pemerintah Maurya agar mencagarkan beberapa hutan untuk gajah liar yang kemudian akan digunakan dalam angkatan bersenjata; buku tersebut juga mengusulkan agar hukuman mati dilakukan bagi siapapun yang membunuh gajah di cagar tersebut.[150] Penggunaan gajah dalam perang tersebar dari Asia Selatan ke Persia[149] dan Asia Tenggara.[151] Bangsa Parsi mula menggunakannya pada zaman Empayar Akhemeniyah (antara abad ke-6 hingga abad ke-4 SM),[149] sementara negara-negara di Asia Tenggara kemungkinan menggunakan gajah perang untuk pertama kalinya pada abad ke-5 SM dan berterusan hingga abad ke-20.[151]

Iskandar Agung melatih tenteranya untuk melukai gajah dan membuat ia panik selama peperangan melawan Parsi dan India. Ptolemy, yang merupakan salah satu panglima suruhan Iskandar, menggunakan gajah perang Asia selama pemerintahannya di Mesir (yang dimulakan pada tahun 323 SM). Warisnya, Ptolemy II (yang mula berkuasa pada tahun 285 SM), memperoleh persediaan gajah perang dari Nubia. Semenjak itu, gajah perang digunakan di kawasan Laut Tengah dan Afrika Utara pada tempoh klasik. Raja Yunani Pyrrhos menggunakan gajah ketika menyerang Rom pada tahun 280 SM. Meskipun mampu membuat takut kuda-kuda Rom, gajah tidak berperanan penting dan Pyrrhos pada akhirnya mengalami kekalahan. Panglima Qart Hadast suruhan Hannibal menyeberangi Pegunungan Alpen dengan gajah-gajahnya selama perang melawan Rom dan berjaya mencapai lembah Po pada tahun 217 SM, tetapi kemudian banyak gajah yang mati kerana penyakit.[149]

Zoo dan sarkas

Gajah Afrika di Zoo Barcelona.

Dalam sejarah, gajah disimpan untuk dijadikan tontonan di Mesir, China, Yunani, dan Rom Kuno. Bangsa Rom mempertarungkan gajah dengan manusia dan haiwan lain dalam acara gladiator. Pada zaman moden, gajah biasanya dapat ditemui di zoo dan sarkas di seluruh dunia. Gajah di sarkas dilatih untuk melakukan helah-helah. Salah satu gajah sarkas yang paling terkenal adalah Jumbo (1861 – 15 September 1885), yang merupakan tarikan utama di sarkas Barnum & Bailey.[152] Gajah-gajah tersebut tidak dapat membiak dengan baik kerana kesulitan penanganan gajah jantan yang sedang mengalami musth dan terhadnya pemahaman mengenai kitaran estrus pada gajah betina.Gajah yang lebih umum digunakan di sarkas dan zoo moden adalah gajah Asia. Setelah CITES memasukkan gajah Asia ke dalam Apendiks I pada tahun 1975, jumlah gajah Afrika di zoo meningkat pada tahun 1980-an, walaupun impor gajah Asia berterusan. Setelah itu, Amerika Syarikat menerima banyak gajah Afrika dari Zimbabwe, yang mengalami gajah terlebih populasi.[153] Pada tahun 2000, sekitar terdapat 1.200 gajah Asia dan 700 gajah Afrika di zoo dan sarkas. Populasi gajah dalam kurungan terbesar adalah di Amerika Utara, yang mempunyai 370 gajah Asia dan 350 gajah Afrika. Sekitar 380 gajah Asia dan 190 gajah Afrika hidup di Eropah, sementara Jepun mempunyai sekitar 70 gajah Asia dan 67 gajah Afrika.[153]

Poster sarkas sekitar tahun 1900

kehadiran gajah di zoo telah menjadi subjek kontroversi. Penyokong zoo yakin bahawa kehadiran gajah memberikan kemudahan akses bagi para pemerhati dan menyediakan wang dan keahlian untuk melestarikan habitat semula jadi gajah; selain itu, zoo dikatakan dapat mengamankan spesies. Sementara itu, pengkritik mendakwa bahawa gajah-gajah di zoo mengalami tekanan fizikal dan mental.[154] Selain itu, gajah dalam kurungan menunjukkan kelakuan stereotipikal (kelakuan berulang-ulang kerana kurangnya rangsangan untuk haiwan) dengan bergerak mundar-mandir atau menggoyang-goyangkan belalai. Kelakuan seperti ini telah diperhatikan pada 54% gajah di zoo di United Kingdom.[155] Lebih lagi, gajah-gajah di zoo nampaknya mempunyai jangka waktu kehidupan yang lebih pendek daripada gajah di alam bebas, iaitu 17 tahun; namun, pemerhatian lain menunjukkan bahawa gajah di zoo hidup sama lamanya dengan gajah di alam bebas.[156]

Penggunaan gajah di sarkas juga menuai kontroversi; Humane Society of the United States menuduh sarkas melakukan penganiayaan dan sengsara terhadap haiwan-haiwannya.[157] Berdasarkan kesaksian di pengadilan persekutuan Amerika Syarikat pada tahun 2009, CEO sarkas Barnum & Bailey Circus Kenneth Feld mengakui bahawa gajah sarkas dipukul dengan menggunakan tatal berhujung logam di belakang telinga, di bawah dagu, dan di tungkai. Feld menyatakan bahawa hal tersebut penting untuk melindungi pekerja sarkas dan mengakui bahawa seorang pelatih gajah ditegur kerana menggunakan alat renjatan elektrik pada gajah. Walaupun begitu, beliau menentang dakwaan bahawa amalan tersebut melukai gajah.[158] Beberapa pelatih mencuba melatih gajah tanpa menggunakan hukuman fizikal. Ralph Helfer dikenali kerana menggunakan kelembutan dan ganjaran ketika melatih haiwan-haiwannya, termasuk gajah dan singa.[159]

Penularan penyakit

Seperti mamalia-mamalia lain, gajah boleh menghidap penyakit dan menjangkiti manusia, seperti batuk kering. Pada tahun 2012, dua gajah di Kebun Binatang Tete d’Or, Lyon, didiagnosis menghidap batuk kering. Kerana berisiko menjangkiti haiwan lain dan pengunjung zoo, kerajaan bandaraya memerintahkan agar gajah-gajah tersebut dieutanasia, tetapi pengadilan kemudian membatalkan keputusan ini.[160] Di cagar gajah di Tennessee, seekor gajah Afrika yang berusia 54 tahun dikenali pasti merupakan penyebab jangkitan batuk kering pada lapan orang pekerja.[161]

Serangan

Gajah dapat menunjukkan kelakuan agresif dan melancarkan tindakan yang memusnah terhadap manusia.[162] Di Afrika, kawanan gajah remaja menghancurkan rumah-rumah di desa-desa setelah dilakukannya pembantaian gajah pada tahun 1970-an dan 1980-an. Serangan ini diyakini merupakan pembalasan dendam.[99][163] Di India, gajah jantan seringkali memasuki kampung pada malam hari, sehingga menghancurkan rumah-rumah dan membunuh beberapa orang penduduk. Antara tahun 2000 hingga 2004, gajah mengorbankan sekitar 300 orang di Jharkhand, sementara dari tahun 2001 hingga 2006, 239 orang di Assam dibunuh oleh gajah.[162]Penduduk setempat melaporkan bahawa beberapa gajah kelihatan mabuk selama terjadinya serangan, walaupun para pegawai ragu-ragu tentang ini.[164][165] Gajah yang diduga mabuk menyerang sebuah desa di India untuk kedua kalinya pada Disember 2002, sehingga mengorbankan enam orang, yang kemudian dibalas oleh warga dengan membunuh 200 gajah.[166]

Penggambaran dalam budaya

Ilustrasi kisah "The Elephant's Child" oleh Rudyard Kipling.

Gajah telah digambarkan dalam seni sejak zaman Paleolitik. Di Afrika terdapat banyak lukisan batu dan ukiran gajah, terutama di Sahara dan Afrika bahagian selatan.[167] Di Timur Jauh, gajah digambarkan dalam bentuk motif di kuil-kuil Hindu dan Buddha.[168] Orang-orang yang belum pernah bertemu langsung dengan gajah seringkali mengalami kesulitan dalam melukis gajah.[169] Bangsa Rom Kuno yang menyimpan gajah dalam kurungan mampu menggambarkan gajah secara jitu dalam bentuk mosaik di Tunisia dan Sisilia. Pada awal Abad Pertengahan, ketika Bangsa Eropah hanya memperoleh sedikit akses terhadap gajah, gajah digambarkan seperti makhluk fantasi yang digambarkan dengan tubuh seperti kuda atau Bovinae, dengan belalai yang seperti trompet dan gading seperti yang dimiliki oleh babi hutan. Gajah pada umumnya digambarkan dalam motif yang dibuat oleh tukang batu di gereja-gereja Gothik. Setelah disampaikan sebagai hadiah kepada raja-raja Eropah pada abad ke-15, lukisan gajah menjadi lebih jitu, termasuk salah satu gambar yang dibuat oleh Leonardo da Vinci. Walaupun begitu, beberapa orang Eropah masih menggambarkan gajah dengan gaya tertentu.[170] Lukisan surrealis Max Ernst pada tahun 1921 yang berjudul The Elephant Celebes menggambarkan seekor gajah sebagai sebuah silo dengan selang yang seperti belalai.[171]

Perumpamaan seekor gajah dengan biksu-biksu buta; gambar oleh Itchō Hanabusa. ( Ukiyo-e tahun 1888).

Gajah juga menjadi subjek kepercayaan agama. Orang Mbuti percaya bahawa roh leluhurnya yang sudah meninggal berdiam di dalam tubuh gajah.[168] Suku-suku Afrika lain juga percaya bahawa ketua suku mereka akan menjelma semula menjadi seekor gajah. Pada abad ke-10, suku Igbo-Ukwu menguburkan pemimpin mereka bersama dengan gading gajah.[172] Walhal peranan gajah dalam kepercayaan suku-suku di Afrika hanya bersifat totemik,[173] di Asia gajah mempunyai lebih banyak peranan. Di Sumatera, gajah dikaitkan dengan petir. Demikian pula dengan kepercayaan Hindu bahawa gajah berkaitan dengan ribut petir kerana Airawata, bapa segala gajah, melambangkan petir dan pelangi.[168] Salah satu dewa terpenting dalam Hinduisme, iaitu Ganesha yang berkepala gajah, mempunyai peringkat yang sama dengan dewa-dewa tertinggi lain, iaitu Siwa, Wisnu, dan Brahma.[174] Ganesha dikaitkan dengan penulis dan pedagang dan diyakini dapat memberi rezeki dan mengabulkan hajat seseorang.[168] Sementara itu, dalam agama Buddha, Buddha dikatakan sebagai gajah putih yang menjelma semula menjadi manusia.[175] Dalam tradisi Islam, tahun 570 Masihi, iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad, dikenali sebagai Tahun Gajah.[176] Bangsa Rom sendiri mengira gajah merupakan haiwan yang menyembah matahari dan bintang.[168]

Dalam budaya popular Barat, gajah merupakan lambang eksotik, terutama kerana tidak ada haiwan sejenis yang akrab dikenali oleh penonton di Barat (sama seperti zirafah, badak air, dan badak).[177] Penggunaan gajah sebagai lambang Parti Republikan Amerika Syarikat dimulakan setelah dilukisnya kartun pada tahun 1874 oleh Thomas Nast.[178] Gajah juga dijadikan tokoh dalam cerita, terutama dalam cerita untuk anak-anak, yang menggambarkan gajah sebagai tokoh dengan kelakuan yang patut dicontohi. Gajah biasanya menjadi pengganti manusia dengan nilai-nilai manusia yang ideal. Banyak kisah yang menceritakan gajah muda yang kembali ke komuniti yang berhubungan erat, seperti kisah "The Elephant's Child" daripada Just So Stories karya Rudyard Kipling, kisah Dumbo oleh The Walt Disney Company, dan The Saggy Baggy Elephant oleh Kathryn and Byron Jackson. Pahlawan gajah lain meliputi Babar oleh Jean de Brunhoff, Elmer oleh David McKee, dan Horton oleh Dr. Seuss.[177]

Beberapa rujukan budaya menekankan besar tubuh dan keunikan eksotik gajah. Contohnya, dalam bahasa Inggeris, istilah "white elephant" (gajah putih) merupakan istilah untuk sesuatu yang mahal, tidak berguna, dan aneh.[177] Ungkapan "elephant in the room" (gajah di dalam ruangan) merujuk kepada kebenaran yang begitu jelas tetapi diabaikan.[179] Dalam bahasa Melayu, peri bahasa yang mirip dengan ungkapan tersebut adalah "kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak", yang bererti kesalahan sendiri tidak terlihat tetapi kesalahan orang lain terlihat jelas. Sementara itu, kisah orang buta dan seekor gajah mengajarkan bahawa realita dapat dilihat dari sudut pandang yang berbeza.[180]

Rujukan

WikiPedia: Gajah http://www.smh.com.au/articles/2006/02/16/11400642... http://arts.anu.edu.au/grovco/Loxodonta%20cyclotis... http://www.chinadaily.com.cn/english/doc/2005-07/1... //www.amazon.com/dp/B0007J8A7E http://www.asianelephantresearch.com/about-elephan... http://www.asianelephantresearch.com/about-elephan... http://regis.cubedeglace.com/wp-content/uploads/20... http://regis.cubedeglace.com/wp-content/uploads/20... http://www.dailyrecord.com/article/20090304/UPDATE... http://www.elephants.com/media/MSNBC_2_28_05.htm